Tuesday, April 17, 2012

Tuisyen Online Dari Rumah

SCORE A PROGRAMME SYSTEM

Score A Programme ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.
Satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan terbukti berkesan membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai KECEMERLANGAN A



Secebis Pemahaman :- 


Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.


Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana Score A melatih anak anda teknik pembelajaran output. Score A telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


Score A akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.


CIRI-CIRI UNIK SCORE A



Score A Programme direka khas untuk membantu anak anda di dalam pelajaran, di samping itu juga mempunyai ciri-ciri khas untuk ibu bapa.

eTopic
Di sini anak anda diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.

eNotes
Anak anda juga akan diberi eNotes, nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak anda untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).

eAssessment
Berbanding dengan cara tradisional di mana anak anda terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak anda belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy.

eTrial Exam
Modul ini dicipta untuk memastikan anak anda seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. Dengan ini dia akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan.

ePast Year Exam
Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

eNational Trial Exam
Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

eProgres
eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Anda juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak anda bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan anda mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

eDictionary
Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu anda menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.

eReport Card (Online dan SMS)
Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak anda menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit anda atau juga dengan melayari internet.

Ini memudahkan ibu bapa memeriksa prestasi akademik anak dan membantu anda mengetahui kekuatan dan kelemahan anak anda. Walaupun anda di pejabat, anda masih lagi boleh memantau anak anda.

Anda boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya "instant", anda akan mengetahui masalah dihadapi anak anda dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah.

SILIBUS

  • Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mengandungi lebih 500,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini.
  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.


MENGAPA ANAK ANDA MEMERLUKAN SCORE A?

  • Direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan.
  • Pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan.
  • Mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.



TESTIMONI

CIKGU ROKIAH ALIAS
MANTAN PENGETUA
KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC), SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (1998-2005)

(Educationist / Bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan penerima anugerah Pengetua cemerlang selama 8 tahun berturut-turut. Kolej Tunku Kurshiah pernah beberapa kali dianugerahkan sekolah terbaik seluruh negara di dalam peperiksaan-peperiksaan utama.)

“Saya lihat program ini sangat-sangat hebat! Program ini WAJIB dilanggan oleh setiap ibubapa bagi memastikan KECEMERLANGAN anak-anak dalam peperiksaan.

DR SHUKRI ABDULLAH
PAKAR MOTIVASI & STRATEGI BELAJAR MALAYSIA

“Program ini bukan saja memenuhi keperluan OUTPUT Learning malah ia turut melengkapkan keperluan Input Learning, justeru membantu dengan banyaknya seseorang pelajar dalam membuat persiapan pembelajaran sebelum kelas dan latihan pengukuhan selepas kelas dan lebih-lebih lagi pelajar yang sedang membuat persediaan peperiksaan.”

TESTIMONI KEJAYAAN PELAJAR!

Pelajar Cemerlang Score A Seluruh Malaysia
Sila klik di sini : Pelajar Cemerlang

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

Email : fazzeline.hezlie@yahoo.com

Teknik Belajar Berkualiti, Mampu Milik, Mampu Bayar
8 Subjek Mengikut Silibus
24x7/Hari
RM 30/Bulan

No comments: